MYHIMS Solutions PLT Perkukuh Kolaborasi bersama UTM-CIAM dalam Bengkel Perancangan Strategik 2025

MYHIMS Solutions PLT telah menyertai Bengkel Perancangan Strategik UTM-CIAM 2025 yang diadakan di Hotel Hyatt Place, Paradigm Johor Bahru pada 5 Mei 2025. Bengkel ini merupakan platform penting dalam merangka strategi penyelidikan dan pembangunan (R&D) bersama UTM-CIAM dan Jabatan Sains Matematik (JSM), Fakulti Sains, Universiti Teknologi Malaysia.

Kolaborasi strategik ini bertujuan memperkukuh hubungan antara MYHIMS Solutions PLT dengan institusi akademik melalui penyertaan dalam sesi percambahan fikiran dan pembentangan Road Map UTM-CIAM. Melalui sinergi ini, MYHIMS Solutions PLT berpeluang berkongsi kepakaran sekaligus menyokong pembangunan bakat dalam bidang Matematik industri.

Perancangan MoU Bersama UTM-CIAM
Salah satu agenda penting yang dibincangkan adalah perancangan Memorandum of Understanding (MoU) antara MYHIMS Solutions PLT dan UTM-CIAM. Langkah ini dilihat sebagai usaha memperkukuh kerjasama dalam penyelidikan teknologi dan pembangunan inovatif, khususnya dalam bidang Matematik industri.

Ke Arah Masa Depan yang Lebih Dinamik
Bengkel ini juga membuka peluang kepada MYHIMS Solutions PLT untuk merancang beberapa aktiviti bersama UTM-CIAM pada tahun 2025 sebagai langkah memaksimumkan kolaborasi dan memperkasakan inovasi dalam Matematik industri selaras dengan visi UTM-CIAM untuk menjadi pusat penyelidikan yang dinamik dan berdaya saing di peringkat global.

MYHIMS Solutions PLT komited untuk terus memperkukuh hubungan strategik dengan institusi akademik dan rakan industri dalam usaha mencapai kecemerlangan teknologiĀ danĀ inovasi.

Go to UTM-CIAM