PENGENALAN

Penganjuran Seminar Kebangsaan Dasar Sains Matematik Negara 2025 (SKDSMN-2025) merupakan platform penting yang menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan daripada kementerian, industri, institusi akademik, badan profesional serta masyarakat umum bagi mendapatkan input yang menyeluruh dan inklusif ke arah penggubalan Dasar Sains Matematik Negara (DSMN).
 
Pelaksanaan seminar ini dijangka dapat meningkatkan kesedaran awam dan pembuat dasar terhadap kepentingan sains matematik sebagai tunjang utama kepada pembangunan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), serta sebagai pemacu utama inovasi dan pertumbuhan ekonomi negara pada masa hadapan.
 
Selain itu, seminar ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada pembinaan ekosistem sains matematik yang mampan dan dinamik, sekali gus menyokong aspirasi negara dalam memperkasa bidang pendidikan, penyelidikan, serta ekonomi digital selaras dengan agenda pembangunan nasional.

Lokasi Seminar

Lokasi Seminar

DKM 1, Institut Sains Matematik, Fakulti Sains, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur.

Google Map

Sasaran Peserta

Sasaran Peserta

Akademia, Industri, Agensi Kerajaan, Badan Profesional dan Para Pendidik berkaitan STEM

Penginapan

Pilihan Penginapan Berhampiran Universiti Malaya (UM)

*Sila ambil perhatian: Maklumat ini disediakan ‘seadanya’. Pihak penganjur tidak menyokong atau bertanggungjawab atas perkhidmatan pihak ketiga yang disenaraikan. Semua urusan tempahan adalah di bawah tanggungjawab peserta.*

Hotel Jarak Anggaran dari UM Pautan Tempahan Rasmi/Utama
M Resort & Hotel Kuala Lumpur (5 Bintang) 1.4 km Laman Web Rasmi
V E Hotel & Residence Bangsar South (4 Bintang) 1.6 km Laman Web Rasmi
Wyndham Grand Bangsar Kuala Lumpur (5 Bintang – Dahulu Pullman) 2.1 km Laman Web Rasmi
Amari Kuala Lumpur (4 Bintang) 2.2 km Laman Web Rasmi
KopTown Hotel Kuala Lumpur (2 Bintang) 2.5 km Pautan Tempahan
The Gardens Hotel & Residences (5 Bintang) 4.3 km Laman Web Rasmi
Cititel Midvalley (3 Bintang) 4.3 km Laman Web Rasmi
Hilton Petaling Jaya (5 Bintang) 4.7 km Laman Web Rasmi
Sheraton Petaling Jaya Hotel (5 Bintang) 5.5 km Laman Web Rasmi
Eastin Hotel Kuala Lumpur (5 Bintang) 6.0 km Laman Web Rasmi

Borang Pendaftaran

UCAPTAMA

Sains Matematik sebagai Teras Daya Saing Negara: Pengalaman Global, Pendekatan Nasional

PROF. (B) DATO' DR. MOHD. ISMAIL ABD AZIZ

Pengarah MYHIMS Solutions PLT
Mantan Ketua Pengarah, Jabatan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Malaysia
Mantan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni), Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Abstrak

SAINS MATEMATIK SEBAGAI TERAS DAYA SAING NEGARA: PENGALAMAN GLOBAL, PENDEKATAN NASIONAL

Daya saing negara ditakrifkan sebagai keupayaan sebuah negara untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi dan inovasi melalui pembangunan bakat dalam ekonomi berasaskan pengetahuan global. Pembentangan ini menghuraikan strategi Malaysia untuk memperkukuh daya saing tersebut melalui penekanan baharu terhadap sains matematik di bawah Dasar Sains Matematik Negara (DSMN), pengukuhan pendidikan STEM, serta kesiapsiagaan masa depan dalam teknologi strategik seperti kecerdasan buatan (AI) dan kuantum.

Penanda aras antarabangsa seperti PISA dan TIMSS menunjukkan pencapaian Malaysia masih ketinggalan berbanding negara serantau seperti Singapura dan Vietnam, sekali gus menggariskan keperluan tindakan yang lebih tuntas. Pembentangan ini turut meninjau model global — termasuk Smith Institute (UK), NIMS (Korea), serta pendekatan pedagogi inovatif Singapura — sebagai rujukan untuk memperkukuh strategi nasional. Sejajar dengan seruan YAB Perdana Menteri untuk memartabatkan STEM dan AI sebagai keutamaan negara, pembentangan ini mencadangkan penubuhan Hab Matematik Malaysia bagi menyelaras kolaborasi industri–penyelidikan serta memupuk generasi bakat masa hadapan.

Mohd Ismail Abd Aziz

FORUM PLENARI

Memperkasa pendidikan sains matematik peringkat sekolah dan pra-universiti

PROF. EMERITA DR. ROSNANI HASHIM

Profesor Emerita, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM);
Mantan Dekan, Kulliyyah Pendidikan, UIAM;
Pengasas Pusat Pengajaran Kemahiran Berfikir (Centre for Teaching Thinking), UIAM;
Pengasas Program Pedagogi Hikmah bagi Kemahiran 5K;
Pengasas Iqra’ Fast Track Qur’an dan B Arab;
Konsultan dan pengasas IE Consultancy and Services (IECAS)

Abstrak

MEMPERKASA PENDIDIKAN SAINS MATEMATIK PERINGKAT SEKOLAH DAN PRA-UNIVERSITI

Statistik bilangan murid yang lulus matematik dalam Sijil Pelajaran Malaysia kian merosot. Data SPM 2023 menunjukkan 23.2% calon telah mendapat Keputusan GAGAL(G) sementara 28.9% telah mendapat keputusan gred D dan E. Peratus gagal matematik SPM bagi tahun-tahun 2022 dan 2021 adalah sebanyak 24.3% dan 25.5% (Sabah Media, 2024). Begitu juga pencapaian Malaysia dalam Ujian Standard Matematik Antarabangsa TIMSS dan PISA menunjukkan prestasi yang lemah. Keputusan TIMSS 2023, mendapati skor purata matematik Malaysia adalah 411, merosot sebanyak 50 markah berbanding skor 461 pada TIMSS 2019. Skor PISA juga merosot daripada skor 440 pada tahun 2018 kepada 409 pada tahun 2022, iaitu lebih rendah berbanding Vietnam (469) dan Singapura (~575). (gpseducation.oecd.org.) Rentetan daripada itu data menunjukkan bahawa bilangan pelajar yang mengambil disiplin STEM di IPT merosot tahun demi tahun. Sudah tentu ini menjejaskan agenda pembangunan modal insan negara untuk melonjakkan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi, terutamanya aspirasi negara untuk melahirkan modal insan bidang STEM yang berkemahiran tinggi di era Revolusi Industri 4.0. Persatuan SME Malaysia menyatakan bahawa terdapat lebih 50,000 kekosongan jawatan untuk jurutera dan kakitangan teknikal yang belum dapat di isi di Pulau Pinang dan Kulim pada tahun 2024 walaupun dengan tawaran gaji yang agak lumayan (SAMENTA, 2024).
Mengapakah fenomena ini berlaku? Adakah kerana subjek ini sememangnya sukar, atau adakah pengajaran dan pembelajarannya tidak menarik minat murid? Apakah faktor-faktor lain yang menjejasnya? Kertas ini bertujuan untuk menyingkap dan menganalisis permasalahan yang wujud dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Matematik di peringkat sekolah dan berusaha untuk melontar beberapa cadangan yang boleh memperkasakan subjek ini demi kepentingan perkembangan Sains, Teknologi, Matematik dan Etika dalam negara. Kertas ini meneliti aspek kurikulum bermula dengan falsafah Pendidikan Matematik, Kandungan Sukatan Pelajaran Matematik, Metodologi pengajaran dan peranan guru Matematik, dan Pengukuran dan Penilaian Matematik yang diamalkan di sekolah dan negara.
Kertas ini diakhiri dengan mengesyorkan beberapa strategi dan inisiatif untuk memajukan Pendidikan Matematik dalam negara. Di antaranya ialah: Menjelaskan kefahaman tentang matlamat Pendidikan Matematik; Menambah baik Kurikulum Program Pendidikan guru matematik; Melaksanakan penandaarasan kandungan Pendidikan matematik setara dengan aliran global; Mengukuhkan proses pengukuran pencapaian Pendidikan matematik negara; dan menggiatkan aktiviti ko-kurikulum matematik di sekolah. Semua perbahasan dan syor-syor ini adalah terpakai juga pada peringkat pra-universiti.

Rosnani Hashim

Abstrak

MEMPERKASA PENDIDIKAN DAN PENYELIDIKAN SAINS MATEMATIK TERTIARI 

Pendidikan dan penyelidikan sains matematik di peringkat tertiari memainkan peranan penting dalam melahirkan tenaga pakar yang memajukan penghasilan ilmu dan tenaga kerja yang menyokong pembangunan ekonomi. Kurikulum matematik perlu bersifat terkini, menyeimbangkan kedalaman teori dengan keupayaan menterjemahkan ilmu untuk kemaslahatan masyarakat. Dalam masa yang sama, penyelidikan harus mendokong tujuan sebenar universiti untuk memajukan bidang ilmu, pembangunan insan dan meningkatkan peradaban negara. Sesi plenari ini akan menyentuh strategi memperkukuh pendidikan dan penyelidikan melalui pengukuhan sesi pengajaran dan pembelajaran, penghasilan kurikulum mudah suai, pembangunan kepakaran pensyarah dan penyediaan ekosistem penyelidikan yang selaras dengan amalan terbaik global. Usaha ini diharapkan dapat mempertingkat daya saing dan relevansi disiplin matematik dalam konteks pendidikan tinggi masa kini.

Ahmad Lutfi Amri Ramli

 

Memperkasa pendidikan dan penyelidikan sains matematik tertiari

PROF. MADYA DR. AHMAD LUTFI AMRI RAMLI

Profesor Madya, Universiti Sains Malaysia (USM);
Dekan Pusat Pengajian Sains Matematik, USM

Memperkasa keberkesanan sains matematik dalam menangani cabaran industri dan masyarakat

PROF. (B) DR. ZAINAL ABDUL AZIZ

Presiden Akademi Ilmuwan Sains Matematik Malaysia (AISMM);
Pengarah Eksekutif MYHIMS Solutions PLT;
Mantan Profesor Matematik Gunaan, Jabatan Sains Matematik, Fakulti Sains UTM;
Mantan Presiden Asia Pasific Consortium of Mathematics for Industry (APCMfI).

Abstrak

MEMPERKASA KEBERKESANAN SAINS MATEMATIK DALAM MENANGANI CABARAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT

Sains Matematik penting untuk menghadapi cabaran industri dan masyarakat Malaysia terkini seperti Revolusi Industri Keempat, kecerdasan buatan, perubahan iklim, transformasi tenaga dan isu sosial, meskipun dihalang oleh jurang kompleks antara akademia dan industri, persepsi negatif masyarakat, dan kekangan ekosistem penyelidikan yang melemahkan. Untuk memperkasakannya, kajian ini mencadangkan pelbagai strategi termasuk kolaborasi akademia-industri yang kukuh, reformasi pendidikan dan penyelidikan Sains Matematik dalam kerangka STEM dengan penekanan kepada penyelesaian masalah industri tempatan, pembangunan pakar melalui kemahiran dan keupayaan tenaga kerja dan talian bakat terlatih, peningkatan kesedaran tentang peranan Sains Matematik dalam pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan dan sebagai enjin di sebalik kemajuan negara. Demi menjayakan strategi tersebut, maka diusulkan pendekatan Quadruple Helix berlandaskan suatu model hubungan atau hab kerjasama Akademia-Industri.

Zainal Abdul Aziz
Dengan kerjasama Norsarahaida, Haiza, Yazariah, Arina, Rozaini, Arifah

Abstrak

MEMPERKASA USAHA MEMASYARAKATKAN DAN MEMBUDAYAKAN SAINS MATEMATIK

Memasyarakatkan dan membudayakan sains matematik merupakan agenda strategik dalam usaha memperkukuh ekosistem pendidikan dan pembangunan negara berasaskan ilmu. Matematik berperanan sebagai teras kepada kemajuan sains dan teknologi, justeru penguasaan serta penghayatan terhadapnya perlu diperluas melangkaui bilik darjah. Topik ini membincangkan kepentingan memperkasa usaha memasyarakatkan dan membudayakan sains matematik di Malaysia melalui pendekatan pendidikan holistik, program intervensi komuniti, dan penggunaan teknologi digital. Analisis turut meneliti cabaran yang dihadapi dalam membentuk minat dan kefahaman masyarakat terhadap matematik, termasuk persepsi negatif, kekangan pedagogi, dan jurang akses sumber pembelajaran (dari sudut penggunaan alat/peranti). Pendekatan kolaboratif antara institusi pendidikan, agensi kerajaan, sektor industri, dan Organisasi bukan Kerajaan (NGO) disarankan bagi mengukuhkan budaya matematik dalam kalangan rakyat. Usaha bersepadu ini dijangka dapat melahirkan masyarakat yang celik matematik, berfikiran kritis, serta mampu mengaplikasikan prinsip saintifik dan analitik dalam pembangunan sosioekonomi negara.

Maslina Darus

Memperkasa usaha memasyarakatkan dan membudayakan sains matematik

PROF. DR. MASLINA DARUS FASc

Profesor, Jabatan Sains Matematik, Fakulti Sains & Teknologi, UKM;
Mantan Presiden, Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA);
Mantan Presiden Southeast Asian Mathematical Society (SEAMS).

TENTATIF PROGRAM

Hari 1 – Menetapkan Konteks & Libat Urus Awal
Fokus: Memberi gambaran besar tentang kepentingan DSMN, peranan Matematik dalam AI & inovasi, serta input awal dari pelbagai pihak.

 

Masa Butiran Tempat
08:30 – 08:45 Pendaftaran & Jaringan Perkarangan ISMCube
08:45 – 09:45

Ucaptama oleh Prof. (B) Dato’ Dr. Mohd Ismail Abd Aziz

Sains Matematik sebagai Teras Daya Saing Negara: Pengalaman Global, Pendekatan Nasional

 

DKM1

 

09:45 – 10:00 Rehat Minum Pagi ISMCube, BTM1, ruang legar ISMUM
10:00 – 12:10

Forum Plenari dan Sesi Soal Jawab

Tajuk 1: Memperkasa pendidikan sains matematik peringkat sekolah dan pra-universiti
Prof. Emerita Dr. Rosnani Hashim

Tajuk 2: Memperkasa pendidikan dan penyelidikan sains matematik tertiari
PM Dr. Ahmad Lutfi Amri Ramli

Tajuk 3: Memperkasa keberkesanan sains matematik dalam menangani cabaran industri dan masyarakat
Prof. (B) Dr. Zainal Abdul Aziz

DKM1

 

12:10 – 12:20 Taklimat Ringkas Diskusi World Café
Dr. Muhammad Ikhwan Azlan
JK Saintifik SP DSMN 2025
DKM1
12:30 – 13:00

Majlis Pembukaan dan Perasmian SP DSMN2025

Ucapan Pembukaan
Prof. Emeritus Dato’ Dr. Hj Kamel Ariffin Mohd Atan
Penasihat Akademi Ilmuwan Sains Matematik Malaysia (AISMM)

Ucapan Perasmian
Prof. Dr. Saiful Anuar Karsani
Dekan Fakulti Sains, Universiti Malaya

DKM1
13:00 – 14:00 Makan Tengah Hari & Jaringan ISMCube, BTM1, ruang legar ISMUM
14:00 – 14:30

Sambungan: Forum Plenari dan Sesi Soal Jawab

Tajuk 4: Memperkasa usaha memasyarakatkan dan membudayakan sains matematik
Prof. Dr. Maslina Darus

DKM1
14:30 – 16:30

Diskusi World Café

Meja 1: Memperkasa pendidikan sains matematik peringkat sekolah dan pra-universiti

Meja 2: Memperkasa pendidikan dan penyelidikan sains matematik tertiari

Meja 3: Memperkasa keberkesanan sains matematik dalam menangani cabaran industri dan masyarakat

Meja 4: Memperkasa usaha memasyarakatkan dan membudayakan sains matematik

DKM1 (Meja 1)
DKM2 (Meja 2)
DKM4 (Meja 3)
BTM1 (Meja 4)
(Peserta akan dibahagikan kepada 4 kumpulan)
16:30  Rehat Minum Petang
(Peserta boleh bersurai)
ISMCube, BTM1, ruang legar ISMUM
16:30 – 17:30

Sesi Pengumpulan (Harvesting)

  • Wakil meja (rapporteur) bentang dapatan utama.
  • Moderator merumuskan tema-tema besar untuk dibawa ke hari kedua.
DKM4
(Ahli Jawatankuasa sahaja)
17:30 Tamat Hari Pertama

Hari 2 – Pemantapan & Resolusi
Fokus: Memformalkan cadangan, membina konsensus, dan menghasilkan Resolusi Seminar DSMN.

Masa Butiran Tempat
09:00 – 10:15

Rumusan Dapatan Hari 1

  • Moderator mengimbas kembali tema utama & isu kritikal yang dibangkitkan.

Diskusi Meja Bulat Bertema (Sesi Selari)

Kumpulan A: Memperkasa pendidikan sains matematik peringkat sekolah dan pra-universiti

Kumpulan B: Memperkasa pendidikan dan penyelidikan sains matematik tertiari

Kumpulan C: Memperkasa keberkesanan sains matematik dalam menangani cabaran industri dan masyarakat

Kumpulan D: Memperkasa usaha memasyarakatkan dan membudayakan sains matematik

DKM1 (Kump. A)
DKM2 (Kump. B)
DKM4 (Kump. C)
BTM1 (Kump. D)

(Peserta berada dalam kumpulan masing-masing)

10:15 – 10:30 Rehat Minum Pagi ISMCube, BTM1, ruang legar ISMUM
10:30 – 11:30 Sambungan Diskusi Meja Bulat Bertema (Sesi Selari) DKM1, DKM2, DKM4, BTM1
11:30 – 12:30

Pembentangan Laporan Kumpulan

  • 10–15 minit
  • Moderator merumuskan persamaan & perbezaan cadangan.
DKM1
12:30 – 14:00 Makan Tengah Hari ISMCube, BTM1, ruang legar ISMUM

14:00 – 15:00

14:15 – 15:00

Sesi Jawatankuasa Penggubalan

  • Wakil panel, fasilitator, dan rapporteur menyatukan cadangan dalam bentuk Draf Resolusi Seminar DSMN.

Sesi Selari: Pelancaran semula Majlis Ketua Jabatan dan Profesor Sains Matematik Universiti Awam (UA)
PM Dr. Ahmad Lutfi Amri Ramli
Pengerusi Pro-tem Majlis Ketua Jabatan dan Profesor Sains Matematik UA

DKM4: Jawatankuasa task force sahaja

 

 

 

 

 

DKM1: Semua peserta

15:00 – 16:15

Sesi Plenari Akhir – Pembentangan Resolusi Seminar DSMN

  • Draf resolusi dibentangkan.
  • Peserta diberi ruang menyokong, menambah baik, atau memberi komen terakhir.
DKM1
16:15 – 16:30

Majlis Penutup Seminar Pembentukan DSMN2025

Ucapan Penutup
Prof. (B) Dr. Zainal Abdul Aziz
Presiden Akademi Ilmuwan Sains Matematik Malaysia (AISMM)

 

 

DKM1

 

16:30

Rehat Minum Petang

Tamat Seminar

ISMCube, BTM1, ruang legar ISMUM

 

PENDAFTARAN

Borang Pendaftaran

Yuran pendaftaran

RM200/orang

Tarikh tamat pendaftaran

Pada 21 November 2025 (Jumaat)

Maklumat bayaran

Pembayaran boleh dibuat melalui Pindahan Bank & Pindahan Dana Elektronik (EFT)

Akaun: Akademi Ilmuan Sains Matematik Malaysia
No. Akaun: 8600435666
Bank: CIMB Islamic

DIANJURKAN OLEH: 

AKADEMI ILMUWAN SAINS MATEMATIK MALAYSIA (AISMM)
https://www.aismm.my/en/

PERTANYAAN

SEKRETARIAT
Seminar Pembentukan Dasar Sains Matematik Negara (SP DSMN2025)

Email:
aismm1912@gmail.com

 

INSTITUSI & ORGANISASI TERLIBAT:

DITAJA OLEH:

iFACTORS Sdn. Bhd.

MYHIMS Solutions PLT

Ardent Educational Consultants Sdn. Bhd.

Jasamax Enterprise
16, Jalan Kebudayaan 2, Taman Universiti, 81300 Skudai, Johor Darul Ta’zim
Google Map