PENGENALAN

Penganjuran Seminar Kebangsaan Dasar Sains Matematik Negara 2025 (SKDSMN-2025) merupakan platform penting yang menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan daripada kementerian, industri, institusi akademik, badan profesional serta masyarakat umum bagi mendapatkan input yang menyeluruh dan inklusif ke arah penggubalan Dasar Sains Matematik Negara (DSMN).
 
Pelaksanaan seminar ini dijangka dapat meningkatkan kesedaran awam dan pembuat dasar terhadap kepentingan sains matematik sebagai tunjang utama kepada pembangunan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), serta sebagai pemacu utama inovasi dan pertumbuhan ekonomi negara pada masa hadapan.
 
Selain itu, seminar ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada pembinaan ekosistem sains matematik yang mampan dan dinamik, sekali gus menyokong aspirasi negara dalam memperkasa bidang pendidikan, penyelidikan, serta ekonomi digital selaras dengan agenda pembangunan nasional.

Lokasi Seminar

Lokasi Seminar

DKM 1, Institut Sains Matematik, Fakulti Sains, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur.

Google Map 

Tempat Letak Kenderaan

Sasaran Peserta

Sasaran Peserta

Akademia, Industri, Agensi Kerajaan, Badan Profesional dan Para Pendidik berkaitan STEM

Penginapan

Pilihan Penginapan Berhampiran Universiti Malaya (UM)

*Sila ambil perhatian: Maklumat ini disediakan ‘seadanya’. Pihak penganjur tidak menyokong atau bertanggungjawab atas perkhidmatan pihak ketiga yang disenaraikan. Semua urusan tempahan adalah di bawah tanggungjawab peserta.*

Hotel Jarak Anggaran dari UM Pautan Tempahan Rasmi/Utama
M Resort & Hotel Kuala Lumpur (5 Bintang) 1.4 km Laman Web Rasmi
V E Hotel & Residence Bangsar South (4 Bintang) 1.6 km Laman Web Rasmi
Wyndham Grand Bangsar Kuala Lumpur (5 Bintang – Dahulu Pullman) 2.1 km Laman Web Rasmi
Amari Kuala Lumpur (4 Bintang) 2.2 km Laman Web Rasmi
KopTown Hotel Kuala Lumpur (2 Bintang) 2.5 km Pautan Tempahan
The Gardens Hotel & Residences (5 Bintang) 4.3 km Laman Web Rasmi
Cititel Midvalley (3 Bintang) 4.3 km Laman Web Rasmi
Hilton Petaling Jaya (5 Bintang) 4.7 km Laman Web Rasmi
Sheraton Petaling Jaya Hotel (5 Bintang) 5.5 km Laman Web Rasmi
Eastin Hotel Kuala Lumpur (5 Bintang) 6.0 km Laman Web Rasmi

Borang Pendaftaran

UCAPTAMA

Sains Matematik sebagai Teras Daya Saing Negara: Pengalaman Global, Pendekatan Nasional

PROF. (B) DATO' DR. MOHD. ISMAIL ABD AZIZ

Pengarah MYHIMS Solutions PLT
Mantan Ketua Pengarah, Jabatan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Malaysia
Mantan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni), Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Abstrak

SAINS MATEMATIK SEBAGAI TERAS DAYA SAING NEGARA: PENGALAMAN GLOBAL, PENDEKATAN NASIONAL

Daya saing negara ditakrifkan sebagai keupayaan sebuah negara untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi dan inovasi melalui pembangunan bakat dalam ekonomi berasaskan pengetahuan global. Pembentangan ini menghuraikan strategi Malaysia untuk memperkukuh daya saing tersebut melalui penekanan baharu terhadap sains matematik di bawah Dasar Sains Matematik Negara (DSMN), pengukuhan pendidikan STEM, serta kesiapsiagaan masa depan dalam teknologi strategik seperti kecerdasan buatan (AI) dan kuantum.

Penanda aras antarabangsa seperti PISA dan TIMSS menunjukkan pencapaian Malaysia masih ketinggalan berbanding negara serantau seperti Singapura dan Vietnam, sekali gus menggariskan keperluan tindakan yang lebih tuntas. Pembentangan ini turut meninjau model global — termasuk Smith Institute (UK), NIMS (Korea), serta pendekatan pedagogi inovatif Singapura — sebagai rujukan untuk memperkukuh strategi nasional. Sejajar dengan seruan YAB Perdana Menteri untuk memartabatkan STEM dan AI sebagai keutamaan negara, pembentangan ini mencadangkan penubuhan Hab Matematik Malaysia bagi menyelaras kolaborasi industri–penyelidikan serta memupuk generasi bakat masa hadapan.

Mohd Ismail Abd Aziz

FORUM PLENARI

Memperkasa pendidikan sains matematik peringkat sekolah dan pra-universiti

PROF. EMERITA DR. ROSNANI HASHIM

Profesor Emerita, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM);
Mantan Dekan, Kulliyyah Pendidikan, UIAM;
Pengasas Pusat Pengajaran Kemahiran Berfikir (Centre for Teaching Thinking), UIAM;
Pengasas Program Pedagogi Hikmah bagi Kemahiran 5K;
Pengasas Iqra’ Fast Track Qur’an dan B Arab;
Konsultan dan pengasas IE Consultancy and Services (IECAS)

Abstrak

MEMPERKASA PENDIDIKAN SAINS MATEMATIK PERINGKAT SEKOLAH DAN PRA-UNIVERSITI

Statistik bilangan murid yang lulus matematik dalam Sijil Pelajaran Malaysia kian merosot. Data SPM 2023 menunjukkan 23.2% calon telah mendapat Keputusan GAGAL(G) sementara 28.9% telah mendapat keputusan gred D dan E. Peratus gagal matematik SPM bagi tahun-tahun 2022 dan 2021 adalah sebanyak 24.3% dan 25.5% (Sabah Media, 2024). Begitu juga pencapaian Malaysia dalam Ujian Standard Matematik Antarabangsa TIMSS dan PISA menunjukkan prestasi yang lemah. Keputusan TIMSS 2023, mendapati skor purata matematik Malaysia adalah 411, merosot sebanyak 50 markah berbanding skor 461 pada TIMSS 2019. Skor PISA juga merosot daripada skor 440 pada tahun 2018 kepada 409 pada tahun 2022, iaitu lebih rendah berbanding Vietnam (469) dan Singapura (~575). (gpseducation.oecd.org.) Rentetan daripada itu data menunjukkan bahawa bilangan pelajar yang mengambil disiplin STEM di IPT merosot tahun demi tahun. Sudah tentu ini menjejaskan agenda pembangunan modal insan negara untuk melonjakkan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi, terutamanya aspirasi negara untuk melahirkan modal insan bidang STEM yang berkemahiran tinggi di era Revolusi Industri 4.0. Persatuan SME Malaysia menyatakan bahawa terdapat lebih 50,000 kekosongan jawatan untuk jurutera dan kakitangan teknikal yang belum dapat di isi di Pulau Pinang dan Kulim pada tahun 2024 walaupun dengan tawaran gaji yang agak lumayan (SAMENTA, 2024).
Mengapakah fenomena ini berlaku? Adakah kerana subjek ini sememangnya sukar, atau adakah pengajaran dan pembelajarannya tidak menarik minat murid? Apakah faktor-faktor lain yang menjejasnya? Kertas ini bertujuan untuk menyingkap dan menganalisis permasalahan yang wujud dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Matematik di peringkat sekolah dan berusaha untuk melontar beberapa cadangan yang boleh memperkasakan subjek ini demi kepentingan perkembangan Sains, Teknologi, Matematik dan Etika dalam negara. Kertas ini meneliti aspek kurikulum bermula dengan falsafah Pendidikan Matematik, Kandungan Sukatan Pelajaran Matematik, Metodologi pengajaran dan peranan guru Matematik, dan Pengukuran dan Penilaian Matematik yang diamalkan di sekolah dan negara.
Kertas ini diakhiri dengan mengesyorkan beberapa strategi dan inisiatif untuk memajukan Pendidikan Matematik dalam negara. Di antaranya ialah: Menjelaskan kefahaman tentang matlamat Pendidikan Matematik; Menambah baik Kurikulum Program Pendidikan guru matematik; Melaksanakan penandaarasan kandungan Pendidikan matematik setara dengan aliran global; Mengukuhkan proses pengukuran pencapaian Pendidikan matematik negara; dan menggiatkan aktiviti ko-kurikulum matematik di sekolah. Semua perbahasan dan syor-syor ini adalah terpakai juga pada peringkat pra-universiti.

Rosnani Hashim

Abstrak

MEMPERKASA PENDIDIKAN DAN PENYELIDIKAN SAINS MATEMATIK TERTIARI 

Pendidikan dan penyelidikan sains matematik di peringkat tertiari memainkan peranan penting dalam melahirkan tenaga pakar yang memajukan penghasilan ilmu dan tenaga kerja yang menyokong pembangunan ekonomi. Kurikulum matematik perlu bersifat terkini, menyeimbangkan kedalaman teori dengan keupayaan menterjemahkan ilmu untuk kemaslahatan masyarakat. Dalam masa yang sama, penyelidikan harus mendokong tujuan sebenar universiti untuk memajukan bidang ilmu, pembangunan insan dan meningkatkan peradaban negara. Sesi plenari ini akan menyentuh strategi memperkukuh pendidikan dan penyelidikan melalui pengukuhan sesi pengajaran dan pembelajaran, penghasilan kurikulum mudah suai, pembangunan kepakaran pensyarah dan penyediaan ekosistem penyelidikan yang selaras dengan amalan terbaik global. Usaha ini diharapkan dapat mempertingkat daya saing dan relevansi disiplin matematik dalam konteks pendidikan tinggi masa kini.

Ahmad Lutfi Amri Ramli

 

Memperkasa pendidikan dan penyelidikan sains matematik tertiari

PROF. MADYA DR. AHMAD LUTFI AMRI RAMLI

Profesor Madya, Universiti Sains Malaysia (USM);
Dekan Pusat Pengajian Sains Matematik, USM

Memperkasa keberkesanan sains matematik dalam menangani cabaran industri dan masyarakat

PROF. (B) DR. ZAINAL ABDUL AZIZ

Presiden Akademi Ilmuwan Sains Matematik Malaysia (AISMM);
Pengarah Eksekutif MYHIMS Solutions PLT;
Profesor (V) dan Mantan Profesor Matematik Gunaan, Jabatan Sains Matematik, Fakulti Sains UTM;
Mantan Presiden Asia Pasific Consortium of Mathematics for Industry (APCMfI).

Abstrak

MEMPERKASA KEBERKESANAN SAINS MATEMATIK DALAM MENANGANI CABARAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT

Sains Matematik penting untuk menghadapi cabaran industri dan masyarakat Malaysia terkini seperti Revolusi Industri Keempat, kecerdasan buatan, perubahan iklim, transformasi tenaga dan isu sosial, meskipun dihalang oleh jurang kompleks antara akademia dan industri, persepsi negatif masyarakat, dan kekangan ekosistem penyelidikan yang melemahkan. Untuk memperkasakannya, kajian ini mencadangkan pelbagai strategi termasuk kolaborasi akademia-industri yang kukuh, reformasi pendidikan dan penyelidikan Sains Matematik dalam kerangka STEM dengan penekanan kepada penyelesaian masalah industri tempatan, pembangunan pakar melalui kemahiran dan keupayaan tenaga kerja dan talian bakat terlatih, peningkatan kesedaran tentang peranan Sains Matematik dalam pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan dan sebagai enjin di sebalik kemajuan negara. Demi menjayakan strategi tersebut, maka diusulkan pendekatan Quadruple Helix berlandaskan suatu model hubungan atau hab kerjasama Akademia-Industri.

Zainal Abdul Aziz
Dengan kerjasama Norsarahaida, Haiza, Yazariah, Arina, Rozaini, Arifah

Abstrak

MEMPERKASA USAHA MEMASYARAKATKAN DAN MEMBUDAYAKAN SAINS MATEMATIK

Memasyarakatkan dan membudayakan sains matematik merupakan agenda strategik dalam usaha memperkukuh ekosistem pendidikan dan pembangunan negara berasaskan ilmu. Matematik berperanan sebagai teras kepada kemajuan sains dan teknologi, justeru penguasaan serta penghayatan terhadapnya perlu diperluas melangkaui bilik darjah. Topik ini membincangkan kepentingan memperkasa usaha memasyarakatkan dan membudayakan sains matematik di Malaysia melalui pendekatan pendidikan holistik, program intervensi komuniti, dan penggunaan teknologi digital. Analisis turut meneliti cabaran yang dihadapi dalam membentuk minat dan kefahaman masyarakat terhadap matematik, termasuk persepsi negatif, kekangan pedagogi, dan jurang akses sumber pembelajaran (dari sudut penggunaan alat/peranti). Pendekatan kolaboratif antara institusi pendidikan, agensi kerajaan, sektor industri, dan Organisasi bukan Kerajaan (NGO) disarankan bagi mengukuhkan budaya matematik dalam kalangan rakyat. Usaha bersepadu ini dijangka dapat melahirkan masyarakat yang celik matematik, berfikiran kritis, serta mampu mengaplikasikan prinsip saintifik dan analitik dalam pembangunan sosioekonomi negara.

Maslina Darus

Memperkasa usaha memasyarakatkan dan membudayakan sains matematik

PROF. DR. MASLINA DARUS FASc

Profesor, Jabatan Sains Matematik, Fakulti Sains & Teknologi, UKM;
Mantan Presiden, Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA);
Mantan Presiden Southeast Asian Mathematical Society (SEAMS).

DISKUSI WORLD CAFÉ

KUMPULAN A

Memperkasa pendidikan sains matematik peringkat sekolah dan pra-universiti

Pernyataan Masalah

LATAR BELAKANG

Pendidikan sains matematik amatlah penting sebagai tonggak kemajuan sains dan teknologi sebarang negara semua pengurusan ekonomi khususnya perbankan, telekomunikasi bersandarkan kepada mekanisme digital.  Tidak cukup sahaja dengan literasi huruf untuk membaca, literasi angka untuk mengira masa kini.  Zaman ini keperluannya semakin meluas dengan penggunaan ekonomi digital dan artificial intelligence.  Setiap orang kini perlu celik internet dan digital sebab dan literasi menulis. Bagaimana pun statistik bilangan murid yang lulus matematik dalam Sijil Pelajaran Malaysia kian merosot dan rentetan daripada itu data menunjukkan bahawa statistik bilangan pelajar yang mengambil disiplin sains dan matematik di institut pengajian tinggi juga didapati merosot tahun demi tahun (sumber). Begitu juga pencapaian murid daripada Malaysia dalam Ujian Standard Antarabangsa bagi Matematik iaitu TIMSS dan juga PISA menunjukkan prestasi yang lemah.  

PUNCA MASALAH DAN OBJEKTIF    

Mengapakah fenomena ini berlaku? Sebenarnya negara kita menghadapi beberapa masalah dan cabaran yang mendorong kepada fenomena ini. 

Pertama, Matematik perlu dilihat sebagai pencetus kepada keterujaan dan kecemerlangan pelajar menerokai semua bidang ilmu, tak kira ilmu sains tabii, sains gunaan atau sains social dan kemanusiaan. Justeru, asas matematik yang kukuh bermula daripada sekolah rendah dan sekolah menengah perlu dipupuk.  Adalah penting murid menggemari dan meminati matematik dari awal persekolahan lagi sebab inilah yang akan menyemai cinta Matematik. Konsep asas seperti operasi tambah, tolak, darab dan bahagi perlu dikuasai dan diaplikasi dalam situasi kehidupan.  Tetapi kita dapati masih ramai murid tidak menguasainya terutama mereka yang terkesan sewaktu pandemic 2019. Oleh kerana sifat matematik yang kumulatif, kelemahan asas ini akan menyukarkan penguasaan Kemahiran matematik di sekolah menengah dan seterusnya.

Kedua, ramai pelajar tidak mahu mendalami atau mengkhusus dalam bidang Sains dan Teknologi (S&T) disebabkan kelemahan akademik atau asas S&T khususnya matematik tambahan.  Walaupun penjurusan aliran pengkhususan bermula pada Tingkatan 4 di sekolah menengah, asas matematik telah bermula lama sebelum ini.  Oleh itu kita perlu memberi perhatian kepada pengukuhan asas matematik di sekolah rendah dan menengah rendah  jika kita inginkan lebih ramai pelajar berminat dalam matematik dan matematik tambahan dan memilih jurusan yang berasaskannya.  Bersabit dengan perkara ini juga, mungkin dari sudut ekonomi pengkhususan dalam sains matematik dan sains gunaan, perubatan, kejuruteraan  didapati tidak memberi pulangan ekonomi yang setara atau lebih baik daripada pengkhususan dalam bidang sastera seperti dalam Jabatan Perkhidmatan Awam walhal bidang ini lebih sukar dan menuntut lebih banyak masa untuk dikuasai. Tangga gaji mereka dalam bidang sastera lebih cepat naik berbanding bidang S&T.

Ketiga, murid murid kita rata-rata peka dengan agama terutama melalui FPK, KBSR dan KBSM, dan kini KSSR dan KSSM. Malangnya pelajar kita tidak mempunyai dorongan yang kuat untuk belajar Sains dan Matematik kerana tidak mengetahui tuntutan agama terhadapnya.  Sekiranya ini didedahkan spt bagaimana al-Khwarizmi menemui algebra utk selesaikan masalah hukum faraid, dan ahli matematik Islam yang lain yang menemui sin dan kosin untuk mencari kiblat, dan juga mencipta ilmu falak dsbnya, tentu semangat mereka boleh berubah kerana menganggapnya sebagai ibadah juga. Kita dapati juga kesukaran untuk membudayakan Sains dan Matematik dalam Masyarakat yang kurang berniaga atau berdagang.  Peluang mengira dan menggunakan matematik agak kurang.  Bagaimanakah kita boleh meningkatkan aplikasi matematik dalam kehidupan pelajar kita.  Ini suatu yang sangat perlu untuk mendorong perubahan paradigma Masyarakat.

Keempat, kita berhadapan dengan guru-guru matematik yang kurang terlatih sama ada kerana kelemahan program latihan guru matematik atau  pun kerana kekurangan guru sehingga guru daripada pengkhususan bukan matematik terpaksa mengajarnya.  Ini menyebabkan kelemahan dalam metodologi pengajaran subjek tersebut. Kelemahan guru mengajar boleh menyebabkan sikap murid terhadap sains dan matematik menjadi negatif.

Berdasarkan masalah yang dihuraikan di atas, memanglah sewajarnya kita perlu meneliti masalah memupuk dan mengukuh penguasaan dan minat terhadap matematik bermula di sekolah rendah.  Oleh itu, kertas kerja ini bertujuan untuk melihat bagaimana kita boleh memberi semua pelajar sekolah di dalam dan di luar Sistem Pendidikan Kebangsaan di Malaysia, (i) Pendidikan Matematik yang bermutu, bermakna dan bermanfaat sebagai asas penguasaan Ilmu khususnya Sains dan Teknologi;  (ii) kurikulum Matematik dan Statistik yang baik dan bersesuaian dengan perkembangan ilmu masa kini dan masa depan; (iii) akses kepada guru matematik yang cemerlang dalam Pengajaran dan Pembelajaran, termasuk Kemahiran 5K (Kemahiran Kritis, Kreatif, Keprihatinan, Komunikasi dan Kerjasama);  dan (iv) kemudahan infrastruktur yang baik untuk Pendidikan era TMK dan AI.

 

Senarai Ahli Kumpulan

KUMPULAN A
Tempat: DKM1
Senarai Ahli:

BIL. NAMA INSTITUSI/ORGANISASI
1 Prof. Emerita Dr. Rosnani Hashim UIAM
2 PM Dr. Noor Fadiya Mohd Noor UM
3 Dr. Muhammad Ikhwan Azlan UTM
4 Prof. Dr. Zailan Siri UM
5 Dr. Mohd Azmi Haron UM
6 Prof. Dr. Habshah Midi ISMy – UPM
7 Dr. Shahizat Amir UM
8 Dr. Siti Suzlin Supadi UM
9 Dr. Witriany Basri UPM
10 Dr. Siti Mahani Marjugi UPM
11 PM Dr. Suhaila Abd Halim UiTM
12 Dr. Kamaleswaran Jayarajah KPM
13 Dr. Aszunarni Ayob KPM
14 Dr. Radhiah KPM
15 PM Dr. Abdul Halim Abdullah UTM
16 En. M. Suhaimi Ramly Aidan Group & Pintar

 

KUMPULAN B

Memperkasa pendidikan dan penyelidikan sains matematik tertiari

Pernyataan Masalah

Pernyataan masalah 1: Pendidikan Sains Matematik yang Kurang Inovatif dan Tidak Cukup Adaptif
Sistem pendidikan sains matematik tertiari belum mencapai tahap inovasi dan fleksibiliti yang diperlukan untuk kekal relevan, khususnya dalam mengintegrasikan perkembangan teori moden seperti kecerdasan buatan (AI), analitik data, dan pendekatan pembelajaran fleksibel. Kekangan adaptasi ini mewujudkan jurang antara pengetahuan teori yang diajar dan kemahiran yang diperlukan dalam ekosistem teknologi dan pengetahuan semasa. Persediaan mahasiswa kepada industri dan pengalaman global masih belum kukuh.


Pernyataan masalah 2: Ekosistem Penyelidikan yang Tidak Selaras dan Kurang Strategik
Hala tuju penyelidikan sering tidak sejajar dengan keperluan nasional untuk memajukan ilmu dan memberi manfaat kepada masyarakat, manakala sokongan institusi terhadap pembangunan penyelidikan berimpak masih belum mencukupi. Kekurangan sokongan struktur, insentif dan infrastruktur penyelidikan menghalang pembangunan penyelidikan matematik yang berimpak tinggi dan kompetitif di peringkat global.

Pernyataan masalah 3: Kapasiti Ahli Akademik dan Persekitaran Akademia yang Terhad
Pembangunan kepakaran ahli akademik dalam sains matematik terencat oleh kekangan latihan, beban tugas serta ketiadaan laluan pembangunan profesional yang mampan. Pada masa yang sama, persekitaran akademia belum cukup menyokong pertumbuhan profesional dan penyelidikan ahli akademik, seterusnya menjejaskan keupayaan institusi melahirkan tenaga akademik dan penyelidik berkualiti tinggi.

Senarai Ahli Kumpulan

KUMPULAN B
Tempat: DKM2
Senarai Ahli:

BIL.

NAMA

INSTITUSI/ORGANISASI

1

PM Dr. Ahmad Lutfi Amri Ramli

USM

2

PM Dr. Zaitul Marlizawati Zainuddin

MSORSM – UTM

3

Prof. Dr. Noor Akma Ibrahim

AISMM

4

Dr. Maisarah Haji Mohd

USM

5

PM Dr. Zamali Tarmudi

UiTM

6

Prof. Dato’ Dr. Mohd Ismail Abd Aziz

MYHIMS Solutions – AISMM

7

Prof. Dr. Firdaus Mohamad Hamzah

ISMy – UPNM

8

Dr. Ruzana Ishak

MSORSM – UTM

9

Dr. Nur Fadhilah Mohd Shari

UM

10

PM Dr. Rossita Mohamad Yunus

UM

11

Dr. Faridah Yunos

UPM

12

Prof. Dr. Ismail Mohd

AISMM

13

PM Dr. Maz Jamilah Masnan

UniMAP

KUMPULAN C

Memperkasa keberkesanan sains matematik dalam menangani cabaran industri dan masyarakat

Pernyataan Masalah

Pernyataan Masalah 1: Hubungan dan sinergi antara akademia, kerajaan, industri, dan masyarakat (quadruple helix) tidak kukuh
Weak linkages and synergy among academia, government, industry, and the community (quadruple helix)

Hubungan antara akademia, kerajaan, industri, dan masyarakat (quadruple helix) masih belum kukuh untuk membolehkan Sains Matematik berfungsi sebagai pemacu utama penyelesaian masalah nasional. Kelemahan dalam kerjasama rentas sektor ini mengurangkan potensi Sains Matematik untuk menjana produk, sistem, dan aplikasi praktikal yang dapat menyokong agenda inovasi, produktiviti dan kemajuan negara.

Soalan Kajian: Bagaimanakah hubungan dan kerjasama antara akademia, kerajaan, industri, dan masyarakat dapat diperkukuh bagi memastikan Sains Matematik memainkan peranan strategik dalam inovasi dan produktiviti negara?

Pernyataan Masalah 2: Ketidakselarasan antara latihan, penyelidikan, dan keperluan industri
Misalignment between training, research, and industry needs

Terdapat jurang antara pendidikan dan penyelidikan Sains Matematik di universiti dengan keperluan sebenar industri dan masyarakat. Graduan serta penyelidik matematik mungkin belum terlatih secara menyeluruh untuk mengaplikasikan teori dan kaedah matematik dalam konteks penyelesaian industri yang kompleks dan berimpak tinggi. Keadaan ini menuntut satu penyelarasan bersepadu dan sistematik antara pembangunan bakat, kurikulum, dan agenda penyelidikan dengan realiti dan keperluan pasaran semasa.

Soalan Kajian: Bagaimana program/kursus, penyelidikan, dan inovasi dalam bidang Sains Matematik di Malaysia diselaraskan secara strategik untuk memenuhi keperluan semasa?

Pernyataan Masalah 3: Kelemahan penggemblengan kepakaran antara disiplin Sains Matematik dan disiplin lain
Weak mobilisation of expertise between the Mathematical Sciences and other disciplines

Sebelum Sains Matematik dapat diperkasakan sebagai pemacu inovasi nasional, kepakaran dalam disiplin Sains Matematik perlu digembleng bersama disiplin lain seperti Kejuruteraan, Pengkomputeran, dan bidang sains lain. Tahap integrasi ini masih rendah dan kurang aktif, menyebabkan potensi sebenar Sains Matematik dalam menangani cabaran industri dan masyarakat belum dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

Soalan Kajian: Bagaimanakah penggemblengan kepakaran antara Sains Matematik dengan disiplin berkaitan atau bidang STEM lain dapat dipertingkat bagi menghasilkan sinergi multidisiplin yang mantap dan berkesan dalam menyelesaikan masalah industri dan masyarakat?

Pernyataan Masalah 4: Persepsi masyarakat yang kurang tepat terhadap Sains Matematik
Inaccurate public perceptions of the Mathematical Sciences

Penglibatan Sains Matematik dalam industri dan masyarakat di Malaysia masih tidak meluas dan berada pada tahap asas. Situasi ini diperburuk oleh persepsi yang kurang tepat terhadap disiplin ini, sama ada dalam kalangan masyarakat, kerajaan, industri, dan sebahagian ahli Sains Matematik itu sendiri. Kekeliruan atau kefahaman yang cetek terhadap tabii, nilai tambah dan potensi sebenar disiplin ini menjejaskan pembinaan ekosistem penyelidikan dan inovasi yang mantap. Akibatnya, ekosistem ini berdepan dengan masalah seperti keterbatasan sumber geran, ketiadaan dasar khusus dan badan penyelaras atau pemantau, serta sokongan institusi yang lemah.

Soalan Kajian: Bagaimanakah kesedaran dalam kalangan quadruple helix ini dapat dipertingkat bagi menyebar luas penerapan Sains Matematik dan mengoptimumkan peranannya dalam industri dan masyarakat?

Senarai Ahli Kumpulan

KUMPULAN C
Tempat: DKM4
Senarai Ahli:

BIL.

NAMA

INSTITUSI/ORGANISASI

1

Prof. Dr. Zainal Abdul Aziz

AISMM

2

Prof. Dr. Rozaini Roslan

UTHM

3

Dr. Yazariah Mohd Yatim

USM

4

Prof. Dr. Norsarahaida Saidina Amin

AISMM

5

Prof. Dr. Zabidin Salleh

UMT

6

Dr. Tan Lit Ken

UTM

7

PM Dr. Adzhar Rambli

UiTM

8

Dr. Siti Fatimah Ismail

UM

9

PM Dr. Norhaiza Ahmad

UTM

10

Dr. Ku Muhammad Na’im Ku Khalif

UMPSA

11

Dr. Faieza Samat

UKM

12

Cik Puteri Aidila Sofia Abu Bakar Sutan Taharudin

iFactors Sdn Bhd

13

En. Anif Abdul Fatah

iFactors Sdn Bhd

 

KUMPULAN D

Memperkasa usaha memasyarakatkan dan membudayakan sains matematik

Pernyataan Masalah

Walaupun pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk meningkatkan penguasaan matematik di negara kita, Modul Bimbingan (MOBIM) umpamanya (Raieh, 2023), sebahagian besar murid masih menunjukkan pemahaman yang lemah dan pencapaian yang rendah dalam mata pelajaran ini, sama ada di peringkat sekolah rendah (World Bank, 2024; UNICEF & SEAMO, 2020) mahupun sekolah menengah (OECD, 2022; von Davier et al., 2024; Kementerian Pendidikan Malaysia, 2024). Kelemahan ini berpunca dari kekurangan minat (OECD, 2022; von Davier et al., 2024; Kementerian Pendidikan Malaysia [KPM], 2024), keyakinan diri yang rendah (von Davier et al., 2024; KPM, 2024), pemahaman asas matematik yang lemah (von Davier et al., 2024; KPM, 2024), kurangnya aplikasi matematik dalam situasi sebenar (Gholami, 2023) dan pendekatan pengajaran matematik yang masih tradisional dan berpusatkan guru (Yee et al., 2023).

Sekiranya isu ini berlarutan, ia boleh menghalang pembentukan masyarakat yang celik matematik, dan seterusnya menjejaskan kesediaan kesiapsiagaan murid terhadap bidang STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) dan turut menjejaskan pembangunan sosioekonomi negara. Situasi ini tidak akan selesai kerana menurut Abdullah (2025), berdasarkan pentaksiran TIMSS 2023, murid dengan latar belakang ekonomi keluarga yang rendah cenderung memperolehi markah yang rendah dalam matematik, manakala murid dari sosioekonomi yang tinggi pula memperolehi pencapaian matematik yang lebih baik.

Sehubungan itu, matematik perlu dibudayakan sebagai amalan pengajaran dan pembelajaran sepanjang hayat yang dekat dengan kehidupan, mudah diakses dan inklusif untuk semua.

Rujukan:
Abdullah, A.H. (2025, 9 Januari). Pengaruh sosioekonomi keluarga terhadap pencapaian murid dalam TIMSS Tahun 2023. Dewan Ekonomi.
https://dewanekonomi.jendeladbp.my/2025/01/09/9748/

Gholami, H. (2023). Performance of Malaysian foundation level students in mathematical problem solving as well as gender comparison. _ Mathematics Teaching Research Journal, 15_(2), 104-120.
https://files.eric.ed.gov/fulltext/EJ1394816.pdf?

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2024). Laporan Awal Pencapaian Malaysia dalam Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) 2023: Versi Mac [Laporan]. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.
https://www.moe.gov.my/storage/files/shares/penerbitan_dan_jurnal/laporan-kebangsaan-timss/Laporan%20Awal%20TIMSS_VersiMac.pdf

OECD (Organisation for Economic Co-operation and Development). 2023. “Malaysia.” In PISA 2022 Results: Factsheets. Paris: OECD Publishing.
https://www.oecd.org/pisa/PISA2022_Factsheets_Malaysia.pdf

Raieh, R. M. (2023, September 5). 5 info penting mengenai Modul Bimbingan, guru dan ibu bapa wajib fahami! Sinar Bestari.
https://sinarbestari.sinarharian.com.my/buletin/5-info-penting-mengenai-modul-bimbingan-guru-dan-ibu-bapa-wajib-fahami

UNICEF & SEAMEO (United Nations Children’s Fund and Southeast Asian Ministers of Education Organization). (2020). SEA-PLM 2019 Malaysia National Report. Bangkok: UNICEF and SEAMEO – SEA-PLM Secretariat.

Von Davier, M., Fishbein, B., Kennedy, A., Reynolds, K., Khorramdel, L., Aldrich, C. E. A., Bookbinder, A., & Ummugal, B. (2024). TIMSS 2023 international results in mathematics and science. Chestnut Hill, MA: TIMSS & PIRLS International Study Center, Boston College. Retrieved from
https://doi.org/10.6017/lse.tpisc.timss.rs6460

World Bank. (2024, April). Malaysia Economic Monitor: Bending Bamboo Shoots: Strengthening foundational skills [Report]. The World Bank.
https://www.worldbank.org/en/country/malaysia/publication/bending-bamboo-shoots-strengthening-foundational-skills

Yee, M. H., Mahmad, M. F., Kok, B. C., Azid, N., & Fuada, S. (2023). Teaching styles pattern: A survey of mathematics teacher’s preferences in primary school. Malaysian Journal of Mathematical Sciences, 17(2), 135-150.
https://doi.org/10.47836/mjms.17.2.04

Senarai Ahli Kumpulan

KUMPULAN D
Tempat: BTM1
Senarai Ahli:

BIL.

NAMA

INSTITUSI/ORGANISASI

1

Prof. Dr. Maslina Darus

UKM

2

Prof. Dr. Arsmah Ibrahim

AISMM

3

PM Dr. Hamizah Mohd Safuan

UTHM

4

En. Muhammad Zafree Zaharidan

Malaysian IMO Committee

5

PM Dr. Mohd Sham Mohamad

UMPSA

6

PM Dr. Shaharuddin Cik Soh

UiTM

7

Pn. Nur Zafirah Mohd Sidek

UiTM

8

PM Dr. Normi Abdul Hadi

UiTM

9

Prof. Dr. Ahmad Zia Ul-Saufie Mohamad Japeri

UiTM

10

Dr. Sakhinah Abu Bakar

UKM

11

Dr. Nurul Syaza Abdul Latif

UiTM

12

Dr. Mohd Rijal Ilias

UiTM

13

Dr. Binyamin Yusoff

UMT

14

Dr. Muhammad Naeim Mohd Aris

UKM

 

TENTATIF PROGRAM

Hari 1 – Menetapkan Konteks & Libat Urus Awal
Fokus: Memberi gambaran besar tentang kepentingan DSMN, peranan Matematik dalam AI & inovasi, serta input awal dari pelbagai pihak.

 

Masa Butiran Tempat
08:30 – 08:45 Pendaftaran & Jaringan Perkarangan ISMCube
08:45 – 09:45

Ucaptama oleh Prof. (B) Dato’ Dr. Mohd Ismail Abd Aziz

Sains Matematik sebagai Teras Daya Saing Negara: Pengalaman Global, Pendekatan Nasional

 

DKM1

 

09:45 – 10:00 Rehat Minum Pagi ISMCube, BTM1, ruang legar ISMUM
10:00 – 12:10

Forum Plenari dan Sesi Soal Jawab

Tajuk 1: Memperkasa pendidikan sains matematik peringkat sekolah dan pra-universiti
Prof. Emerita Dr. Rosnani Hashim

Tajuk 2: Memperkasa pendidikan dan penyelidikan sains matematik tertiari
PM Dr. Ahmad Lutfi Amri Ramli

Tajuk 3: Memperkasa keberkesanan sains matematik dalam menangani cabaran industri dan masyarakat
Prof. (B) Dr. Zainal Abdul Aziz

DKM1

 

12:10 – 12:25 Taklimat Ringkas Diskusi World Café
Dr. Muhammad Ikhwan Azlan
JK Saintifik SP DSMN 2025
DKM1
12:30 – 13:00

Majlis Pembukaan dan Perasmian SP DSMN2025

Ucapan Pembukaan
Prof. Emeritus Dato’ Dr. Hj Kamel Ariffin Mohd Atan
Penasihat Akademi Ilmuwan Sains Matematik Malaysia (AISMM)

Ucapan Perasmian
Prof. Dr. Saiful Anuar Karsani
Dekan Fakulti Sains, Universiti Malaya

DKM1
13:00 – 14:00 Makan Tengah Hari & Jaringan ISMCube, BTM1, ruang legar ISMUM
14:00 – 14:30

Sambungan: Forum Plenari dan Sesi Soal Jawab

Tajuk 4: Memperkasa usaha memasyarakatkan dan membudayakan sains matematik
Prof. Dr. Maslina Darus

DKM1
14:30 – 16:30

Diskusi World Café

  • Bilik DKM1
    Kumpulan A – Memperkasa pendidikan sains matematik peringkat sekolah dan pra-universiti
  • Bilik DKM2
    Kumpulan B – Memperkasa pendidikan dan penyelidikan sains matematik tertiari
  • Bilik DKM4
    Kumpulan C – Memperkasa keberkesanan sains matematik dalam menangani cabaran industri dan masyarakat
  • Bilik BTM1
    Kumpulan D – Memperkasa usaha memasyarakatkan dan membudayakan sains matematik
DKM1 (Kump. A)
DKM2 (Kump. B)
DKM4 (Kump. C)
BTM1 (Kump. D)
(Peserta akan dibahagikan kepada 4 kumpulan)
16:30  Rehat Minum Petang
(Peserta boleh bersurai)
ISMCube, BTM1, ruang legar ISMUM
16:30 – 17:30

Sesi Pengumpulan (Harvesting)

  • Wakil meja (rapporteur) bentang dapatan utama.
  • Moderator merumuskan tema-tema besar untuk dibawa ke hari kedua.
DKM4
(Ahli Jawatankuasa sahaja)
17:30 Tamat Hari Pertama

Hari 2 – Pemantapan & Resolusi
Fokus: Memformalkan cadangan, membina konsensus, dan menghasilkan Resolusi Seminar DSMN.

Masa Butiran Tempat
09:00 – 10:15

Rumusan Dapatan Hari 1

  • Moderator mengimbas kembali tema utama & isu kritikal yang dibangkitkan.

Diskusi Meja Bulat Bertema (Sesi Selari)

  • Bilik DKM1
    Kumpulan A – Memperkasa pendidikan sains matematik peringkat sekolah dan pra-universiti
  • Bilik DKM2
    Kumpulan B – Memperkasa pendidikan dan penyelidikan sains matematik tertiari
  • Bilik DKM4
    Kumpulan C – Memperkasa keberkesanan sains matematik dalam menangani cabaran industri dan masyarakat
  • Bilik BTM1
    Kumpulan D – Memperkasa usaha memasyarakatkan dan membudayakan sains matematik`

DKM1 (Kump. A)
DKM2 (Kump. B)
DKM4 (Kump. C)
BTM1 (Kump. D)

(Peserta berada dalam kumpulan masing-masing)

10:15 – 10:30 Rehat Minum Pagi ISMCube, BTM1, ruang legar ISMUM
10:30 – 11:30 Sambungan Diskusi Meja Bulat Bertema (Sesi Selari) DKM1, DKM2, DKM4, BTM1
11:30 – 12:30

Pembentangan Laporan Kumpulan

  • 10–15 minit
  • Moderator merumuskan persamaan & perbezaan cadangan.
DKM1
12:30 – 14:00 Makan Tengah Hari ISMCube, BTM1, ruang legar ISMUM

14:00 – 15:00

14:15 – 15:00

Sesi Jawatankuasa Penggubalan

  • Wakil panel, fasilitator, dan rapporteur menyatukan cadangan dalam bentuk Draf Resolusi Seminar DSMN.

Sesi Selari: Pelancaran semula Majlis Ketua Jabatan dan Profesor Sains Matematik Universiti Awam (UA)
PM Dr. Ahmad Lutfi Amri Ramli
Pengerusi Pro-tem Majlis Ketua Jabatan dan Profesor Sains Matematik UA

DKM4: Jawatankuasa task force sahaja

 

 

 

 

 

DKM1: Semua peserta

15:00 – 16:15

Sesi Plenari Akhir – Pembentangan Resolusi Seminar DSMN

  • Draf resolusi dibentangkan.
  • Peserta diberi ruang menyokong, menambah baik, atau memberi komen terakhir.
DKM1
16:15 – 16:30

Majlis Penutup Seminar Pembentukan DSMN2025

Ucapan Penutup
Prof. (B) Dr. Zainal Abdul Aziz
Presiden Akademi Ilmuwan Sains Matematik Malaysia (AISMM)

 

 

DKM1

 

16:30

Rehat Minum Petang

Tamat Seminar

ISMCube, BTM1, ruang legar ISMUM

 

PENDAFTARAN

Borang Pendaftaran

Yuran pendaftaran

RM200/orang

Tarikh tamat pendaftaran

Pada 21 November 2025 (Jumaat)

Maklumat bayaran

Pembayaran boleh dibuat melalui Pindahan Bank & Pindahan Dana Elektronik (EFT)

Akaun: Akademi Ilmuan Sains Matematik Malaysia
No. Akaun: 8600435666
Bank: CIMB Islamic

DIANJURKAN OLEH: 

AKADEMI ILMUWAN SAINS MATEMATIK MALAYSIA (AISMM)
https://www.aismm.my/en/

PERTANYAAN

SEKRETARIAT
Seminar Pembentukan Dasar Sains Matematik Negara (SP DSMN2025)

Email:
aismm1912@gmail.com

 

INSTITUSI & ORGANISASI TERLIBAT:

DITAJA OLEH:

iFACTORS Sdn. Bhd.

MYHIMS Solutions PLT

Ardent Educational Consultants Sdn. Bhd.

Jasamax Enterprise
16, Jalan Kebudayaan 2, Taman Universiti, 81300 Skudai, Johor Darul Ta’zim
Google Map